Menu:

Makna Logo

Perahu layar

Menunjukkan betapa orang-orang Bajau mempunyai sejarah hidup yang tidak dapat dipisahkan dengan laut. Laut menjadi sumber rezeki, laut juga menjadi lebuh raya utama pengembaraan orang-orang Bajau dari satu tanah besar ke satu tanah besar yang lain, dari tanah besar ke pulau, dari pulau ke tanah besar, dari pulau ke pulau, dari timur ke barat dan selatan ke utara

Orang-orang Bajau hidup dalam lingkungan wilayah segi tiga dari Benua Australia – Benua Asia – Benua Afrika, dengan pusatnya di gugusan kepuluan nusantara.

Enam orang di atas perahu
 
Menunjukkan orang-orang Bajau mendukung rukum Iman yang enam walau di mana jua mereka berada. Bilangan enam juga menunjukkan angka genap yang menggambarkan betapa kukuh sistem sosial dan hidup bermasayarakat orang-orang Bajau; sentiasa menitikberatkan silaturrahim dan hubungan akrab antara satu sama lain. Genap bermakna tidak ada orang yang akan ketinggalan dan ditinggalkan atau tercicir dan dicicirkan.

Layar tiga jalur
 
Menunjukkan tiga benua yang menyempadani pergerakan orang-orang Bajau pada zaman dahulu iaitu Benua Australia, Benua Asia dan Benua Afrika. Layar tiga jalur juga menggambarkan betapa orang-orang Bajau hidup penuh bersyukur dengan nikmat Allah iaitu tanah daratan, air lautan dan udara yang membenarkan angin bertiup sehingga dengan itu mereka dapat hidup dan mengembara dari satu benua ke satu benua menggunakan layar.

Tiga jalur juga menggambarkan hubungan kasih sayang antara bapa-ibu-anak; antara ketua-imam-jelata.

Bentuk bulat
 
Menunjukkan keyakinan dan kepercayaan orang-orang Bajau bahawa bumi ini dicipta untuk kepentingan manusia; setiap manusia mempunyai tempat dan berhak memilih dan memiliki tempat yang disukainya untuk menetap.

Warna merah
 
Menunjukkan keberanian dan kecekalan hidup. Merah juga menunjukkan ketegasan.

Warna putih
 
Menunjukkan keikhlasan dan kejujuran, kesetiaan dan ketelusan.

Warna kuning
 
Menunjukkan kedaulatan dan kesetiaan dalam mematuhi peraturan undang-undang agama, undang-undang negara dan undang-undang adat

Warna biru lalut dan biru muda (langit)
 
Menunjukkan semangat orang-orang Bajau yang sentiasa mementingkan kedamaian, keharmonian dan ketenangan.
 
Lengkungan Bulatan Yanga Mengandungi Tulisan Nama Persatuan

Menunjukkan glob muka bumi yang menjadi tempat orang-orang Bajau mengembara dan mencari rezeki serta menempah nama sejak dahulu kala hingga kini. Masyarakat hampir terdapat di sepertiga permukaan bumi.