Menu:

Pertandingan Dalling-Dalling Terbuka Sandakan 2009

Selasa (14 April 09): Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan akan mengadakan Pertandingan Dalling-Dalling Terbuka Sandakan 2009 pada akhir Jun ini. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh penduduk Sabah, dan dijangka akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Shafie Afdal selaku Naib Presiden UMNO.

Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Alipudin Panglima Puyon, Yang Dipertua Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan.

Urus Setia Pertandingan Dalling-Dalling Terbuka Sandakan 2009 sedang giat membuat persiapan yang perlu.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini akan dimuatkan di laman web ini sebaik sahaja ia telah disahkan oleh Jawatankuasa Induk PKKBSS.