Menu:

 

Jawatankuasa Kebudayaan & Kesenian PKKBSS bercadang untuk menganjurkan Karnival Budaya Bajau sebagai aktiviti sempena 50 Tahun menyambut kemerdekaan.

Antara acara-acara yang difikirkan bagi mengisi karnival tersebut ialah pesta laut (pelang-pelang), sukan rakyat (tradisi Bajau), gerai pameran, gerai jualan dan sebagainya.

Mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian, atau individu Bajau yang mempunyai idea bagaimana memeriahkan lagi karnival tersebut dialu-alukan tampil dengan menghubungi kami di talian 012-819-6411 (En. Mohd Shah A.H)

Anda juga boleh mengemukakan idea/pandangan anda di sini dengan mengklik 'comments' dan submit.

 
 

Ini adalah blog laman web Jawatankuasa Kebudayaan & Kesenian PKKBSS. Dalam ruangan blog ini anda boleh menulis komen anda bagi mana-mana tajuk yang kami paparkan di sini.

Oleh kerana ini adalah blog yang membolehkan anda membuat komen, maka ruangan ini boleh digunakan untuk tujuan perbincangan mengenai tajuk atau isu-isu tertentu. Anda boleh membincangkan tajuk-tajuk yang terkandung dalam laman web ini atau tajuk lain yang tidak berhubung kait dengan kandungan laman web.

Jika anda mempunyai tajuk atau isu yang hendak dibincangkan melalui blog ini, anda boleh menghantar cadangan tentang isu tersebut dengan menghubungi kami melalui ruangan Hubungi Kami.

Moderator

 
Pengenalan! 06/25/2007
 

Blog ini disediakan bersama laman web Jawatankuasan Kebudayaan & Kesenian PKKBSS untuk memudahkan pembaca berbincang atas talian.

Moderator