Menu:

Persaudaraan Bajau Sama - Suluk Diperkukuh

Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan (PKBS) dan Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) akan saling bekerjasama antara satu sama lain khususnya dalam memajukan aspek kesenian kedua-dua bangsa Bajau dan Suluk di daerah Sandakan. Persefahaman untuk mewujudkan kerjasama ini telah diilhamkan oleh Tuan Haji Alipuddin bin Panglima Puyon, Yang Dipertua PKBS. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh Pengerusi Persatuan Suluk Bersatu Sabah, Sandakan, Ustaz Mohd. Hatta.

Adalah dijangkakan bahawa satu persajnjian persefahaman akan ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin berkenaan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dengan adanya persefahaman sedemikian, diharapkan kedua-dua suku bangsa ini akan dapat berganding bahu memajukan aspek kesenian bangsa masing-masing demi menyahut seruan negara yang meletakkan kebudayaan sebagai salah satu alat untuk mencapai keharmonian kaum dan memperkaya khazanah kebudayaan nasional.