Menu:

Pecah Tradisi Mencatat Sejarah

Buat pertama kalinya dalam sejarah Sambutan Hari Kemerdekaan, masyarakat Bajau berarak menyertai kontinjen Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-50 Peringkat Daerah Sandakan pada 1hb. September 2007, atas nama persatuan mereka sendiri.

Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan telah  menyertai kontinjen Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50 Di Sandakan baru-baru ini. Kontinjen yang terdiri daripada 30 orang anggota itu diketuai oleh Saudara Jafar Mustafah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian persatuan tersebut.

"Seharusnya masyarakat Bajau berbangga dengan penyertaan tersebut kerana ia bukan sahaja dapat disifatkan sebagai memecah tradisi malah juga mencatat sejarah", komen Encik Mohd Shah Ali Hassan, Yang Dipertua Badan Galak Pusaka, yang juga Setiausaha J/K Kebudayaan dan Kesenian PKBS.

Sehubungan itu katanya, masyarakat Bajau sewajarnya tampil kedepan menyokong setiap aktiviti yang diadakan oleh Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan, serta menyokong kepimpinan PKBS yang diketuai oleh Tuan Haji Alipudin Pg. Puyon sebagai Yang Dipertuanya.