Menu:

CORAT-CORET KARNIVAL BUDAYA SANDAKAN 2007

Gerai PKKBSS Jadi Tumpuan

Gerai Persatuan Kebu- dayaan dan kebajikan Bajau Sama Sandakan di Karnival Budaya  Sandakan 2007 sem- pena Festival Sandakan 2007 menjadi tumpuan ramai apabila diang- garkan kira-kira 1000 orang mengunjungi gerai berkenaan pada 29 Jun 2007, hari pertama karnival.

Karnival Sandakan 2007 sempena Festival Sandakan 2007 dianjurkan bersama oleh Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Karnival selama dua hari itu turut disertai oleh tujuh etnik lain iaitu etnik Brunei, Sungei, Kagayan, India, Dusun Labuk, Suluk dan Cina selain daripada etnik Bajau.

Antara aktiviti yang menarik perhatian ramai di gerai PKKBSS ialah persembahan tarian dalling-dalling oleh penari persatuan serta orang ramai yang turut menari berkongsi kemahiran mereka. Namun yang sangat mencuit hati pengunjung ialah persembahan daripada anak Saudara Jali yang berusia 3 tahun tetapi mampu menggayakan persembahan igal-igal mengikut alunan muzik.


Hajah Langkamanis Tokoh Mak Andam

Hajah Langkamanis Hj. Ismawil yang berusia 81 tahun tidak mahu ketinggalan melihat pelamin dan persan- dingan olok-olok yang turut dipamerkan di Gerai PKKBSS untuk tontonan pengunjung.

Hajah Langkamanis yang berpengalaman luas dalam bidang andaman  kini menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian PKKBSS dalam adat tradisi perkahwinan masyarakat Bajau


Kecil-kecil Cili Padi

Persembahan menarik oleh anak Saudara Jali, yang baru berusia 3 tahun


Sambulayang Menarik Perhatian

Sambulayang menjadi unsur pembeza antara gerai PKKBSS dengan gerai dari etnik-etnik yang lain. Sambulayang bukan sahaja memperlihatkan keunikan tradisi dalam kebudayan suku kaum Bajau malah ia  mempunyai daya tarikan tersendiri sehingga mampu menggamit hati pengunjung.


Aktiviti Di Gerai PKKBSS

Sepanjang tempoh karnival selama dua hari pada 20 & 30 Jun 2007, beberapa aktiviti diadkan di Gerai PKKBSS antaranya ialah persembahan tarian oleh penari-penarik PKKBSS, persembahan tarian oleh orang ramai, pengantin olok-olok, pameran alat-alat antik warisan peninggalan nenek moyang daripada koleksi peribadi Tuan Haji Alipudin Puyon, Yang Di-Pertua PKKBSS, pameran model peralatan kehidupan sehari-hari seperti alat untuk pertukangan, perikanan (nelayan), pertanian dan sebagainya.

Selain daripada  itu, permainan 'samban' (simban) turut diadakan dan turut disertai oleh kira-kira 30 orang remaja dari pelbagai kaum yang mengunjungi Gerai PKKBSS. Gerai jualan untuk menjual kuih-muih tradisi etnik Bajau turut diadakan.


Turut Mencuba Kebolehan Memukul Agung

Adik Mohd. Shahrul Alam Shah bin Mohd Shah, yang berusia 6 Tahun, turut mencuba 'ngalisag agung' (memukul gong) pada malam 29 Jun 2007.

Adik Mohd. Shahrul Alam Shah pernah menyumbangkan sebuah lagu Bajau semasa Majlis Pelancaran PKKBSS pada 17 Mac 2007, di Dewan Masyarakat Sandakan.


Aksi di Pentas Semasa Raptai

Penari PKKBSS semasa membuat uji pentas persembah- an tarian 'Lampah- lampah Pissang' pada majlis raptai.

Tarian lampah- lampah pissang ini dicipta khas untuk mengiringi persembahan penyanyi tempatan dari etni Bajau yang sangat popular iaitu Den Bisa.


Orang Ramai Turut Bergembira di Gerai PKKBSS

Antara pengunjung dari kalangan orang ramai yang turut membuat persem- bahan mereka dengan menarikan tarian 'Lolai'.


Berehat Sambil Bergambar

Gelagat para penari PKKBSS semasa bergambar dengan Setiausaha Jawatankausa Kebudayaan dan Kesenian PKKBSS, En. Mohd Shah A. Hassan


This is...

Saudara Hasan Hj. Sidek, AJK Induk PKKBSS menerang- kan kepada pe- ngunjung mat saleh dan petugas LKS berkaitan de- ngan model alatan yang dipamerkan di Gerai PKKBSS


VIP Disambut Paluan Agung dan Tarian Santap Budaya

Y.B. Datuk Zakaria Hj. Edris, ADUN Gum Gum diapit oleh  Y.Bhg. En. Yeo Boon Hai, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan disambut dengan tarian santap budaya di Gerai PKKBSS ketika membuat lawatan dari gerai ke gerai


Terima Sijil Penghargaan

Pengerusi J/Kuasa Kebudayaan & Kesenian PKKBSS, En. Jafar Mustafah menerima Sijil Peng- hargaan daripada Y.B. Datuk Zakaria Hj. Edris, ADUN Gum Gum