Karnival Budaya Sempena Festival Sandakan 2007
Orang Ramai Dijemput
"Saya menjemput semua masyarakat Bajau di Sandakan untuk turun ke Padang Bandaran Sandakan bagi memeriahkan acara Karvinal Budaya Festival Sandakan ini. Di gerai PKKBSS, banyak persembahan menarik yang turut boleh disertai oleh pengunjung seperti permainan tradisi Bajau, tarian dalling-dalling dan juga karaoke lagu-lagu penyanyi popular Bajau Den Bisa.
Acara-acara yang disediakan di gerai PKKBSS bermula pada malam 28 Jun tidak terhad kepada masyarakat Bajau semata-mata. Ia boleh disertai oleh semua pengunjung.
Saya kira perkara yang sangat menarik ialah demonstrasi membuat minyak daripada buah kelapa secara tradisi. Oleh itu jangan ketinggalan.
Sebenarnya, selain penyertaan oleh PKKBSS, karnival ini juga turut disertai oleh kaum-kaum lain seperti Dusun Labuk".
- Jafar Mustafah
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayan & Kesenian PKKBSS
Acara Pengisian di Gerai PKKBSS
1. ACARA DI GERAI
a. Pameran
i. Peralatan tinggalan warisan
ii. Peralatan perkahwinan tradisi
iii. Pakaian tradisi
iv. Peralatan muzik
v. Peralatan menangkap ikan
b. Demonstrasi
i. Permainan sukki’
ii. Permainan hengke’-hengke’
iii. Membuat minyak daripada kelapa
iv. Permainan siplu'
c. Gerai Makanan
i. Menu masakan
1. Memasak putuh
2. Menggoreng kering ubi kayu (tinompe’ / sinanglag)
3. Memasak binamban
4. Memasak sagol
5. Kilau
ii. Menu kuih-muih
1. Membuat kuih jala (jah)
2. Membuat kuih pannyam (penyalam)
3. Memasak bubur kebombong
4. Bukayu
d. Persembahan
i. Tarian Dalling-dalling
ii. Lagu-lagu Bajau (kalangan)
e. Pertandingan
i. Balatin ( di luar gerai – di kawasan padang )
ii. Hengke’-hengke’ ( di luar gerai )
iii. Sukki’ ( dalam gerai )
iv. Samban ( dalam gerai )